Cenderahati

Assalamualaikum semua.. moga semua nya sihat-sihat dan ceria selalu.

Cenderahati untuk tetamu di majlis perkahwinan merupakan antara perkara penting yang perlu diuruskan oleh pihak tuan rumah. Seringkali ianya menjadi masalah bila melibatkan jumlah tetamu yang agak ramai, 1000 pax or more.

Barang-barang yang praktikal sering menjadi pilihan pengantin, terutamanya kepada yang mengharapkan pemberian cenderahati tersebut dapat diguna pakai selepas majlis.

Di Shajaratul Collection, terdapat banyak pilihan barangan yang praktikal yang telah dihias agar nampak ‘presentable’ untuk dijadikan cenderahati majlis perkahwinan. Antara yang sering mendapat pilihan adalah bekas-bekas kaca bertutup dan juga kotak-kotak.

Bekas kaca Opal merupakan cenderahati ‘top choice’ untuk 2015. Ramai di antara client kami yang sangat berpuas hati dan sambutan yang kami terima amatlah menggalakkan. Bekas yang microwavable ini datang dalam design bunga yang menarik dan akan lebih terserlah jika dihias dgn riben atau organza pouch.

opal box

 

 

DAN  satu kelebihan barangan dari SHAJARATUL COLLECTION :

Setiap cenderahati yang kami jual, akan dibersihkan terlebih dahulu dan kami akan pastikan tidak ada yg rosak atau cacat cela sampai ke tangan client. Insyallah yang baik-baik shj akan kami serahkan nanti . Quality guaranteed !

Untuk belian dalam kuantiti yang tinggi, kami akan berikan diskaun yang menarik.

Jadi kepada yang berminat, boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut ya.

011 11711705 ( Whatsapp )

013-3405321 ( Pn Shaja )

0389401187 ( showroom )

Jangan lupa follow ig @shaja_ratul dan facebook kami untuk update terkini.

Insyallah kami sentiasa pastikan hasil kerja SHAJARATUL adalah yang terbaik.

Terima kasih

 

Wassalam

sign

FacebookTwitterGoogle+Share

Cenderahati…yang mana pilihan hati ??

Cenderahati Dulu dan Sekarang

Kalau dulu masyarakat kita cukup sinonim dengan pemberian bunga telor sebagai hadiah kepada tetamu. Menjadi kemestian;  telur yang telah direbus diikat pada batang buluh halus bersama bunga berhias riben. Ia dikatakan simbolik dengan hasrat keluarga yang mendoakan moga perkahwinan yang dibina kekal bahagia, ‘subur’ dengan rezeki yang murah dan moga dikurniakan zuriat yang baik-baik hendaknya. Amalan gotong royong masyarakat kita dulunya menjadikan proses penyedian bunga telur ini begitu mudah; sesuatu yang agak sukar bagi kita di zaman serba moden sekarang.

Hari ini rata-ratanya tuan rumah mula memilih pelbagai rupa dan gaya cenderahati untuk diberikan kepada para jemputan. Ada yang masih mengutamakan pemberian telur namun ramai mula beralih kepada cenderahati yang lebih praktikal, mudah dan tahan lebih lama. Ini bagi mengelakkan penyedian disaat-saat akhir yang memeningkan. Antara yang sering menjadi pilihan adalah bahan makanan yang manis-manis seperti coklat, gula-gula, cake, cupcake dan makanan traditional melayu seperti dodol dan agar-agar kering. Mungkin alasannya  “biarlah manis-manis selalu kehidupan berdua ”.

Adalah dinasihatkan pemilihan cenderahati perkahwinan dibuat seawal yang boleh terutamanya untuk jemputan majlis melebihi 500 orang. Tentukan budget yang bersesuaian dan pastikan tema majlis yang bakal berlangsung supaya apa yang dipilih bersesuaian dan berpatutan. Kotak, bag kertas dan pouch sering menjadi sasaran utama. Ada juga yang inginkan kelainan dan inginkan sesuatu yang boleh kekal tersimpan sebagai pemberian istimewa. Antara yang sering menjadi pilihan ialah barang-barang perhiasan dan praktikal untuk digunakan seperti bekas potpourri, mini frame, keychain, sapu tangan, mug, sabun wangi dan lilin( dlm bentuk dan rupa yang pelbagai ).

 

Sesuaikan dengan tema majlis anda

Sekiranya majlis yang dibuat berkonsepkan ‘taman’, pemilihan cenderahati lebih menarik sekiranya mempunyai sedikit unsur-unsur taman dan bunga bungan. Kotak berhias riben mengikut warna tema, potpourri, bunga rampai dibunjut kemas  atau lilin wangi berbentuk bunga; antara yang amat sinonim dengan konsep taman.

Sekiranya pengantin mengenakan busana traditional songket, cenderahati berunsur traditional kraf boleh dijadikan pilihan tuan rumah. Contohnya kotak dibalut kain songket, hasil kerja tangan mengkuang dan kraf kayu atau mungkin kembali kepada asal usulnya…bunga telur bersama telur rebus.

Sekiranya majlis diraikan di hotel-hotel dengan hidangan secara dome, adalah lebih bersesuaian sekiranya memilih cederahati yang kemas, cantik terletak di atas meja makan. Jadikan cenderahati sebagai sebahagian daripada hiasan di atas meja, eksklusif untuk setiap tetamu yang datang.

 

Ikut Kemampuan Elakkan pembaziran

Sekiranya budget yang ada agak terhad, buat perancangan awal dan gunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa. Sentuhan peribadi pastinya menjadikan sesuatu hasil kerja itu sangat ‘berharga’. Hasil kraf “Do It Yourself” atau pendeknya DIY adalah sesuatu yang tidak asing lagi kepada generasi muda zaman sekarang. Dengan bantuan internet, YouTube, Facebook dan blog ; adalah tidak mustahil bakal pengantin sendiri berkreatif untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa. Cuma nasihat kepada bakal pengantin, jangan bertangguh ! Sekiranya target 1000 kotak ingin dilipat dan dihias sendiri, mulakan projek anda 6 bulan sebelum majlis. Pastikan jumlah kotak yang perlu anda siapkan setiap bulan dan siapkannya seawal yang boleh. Sedikit sedikit lama-lama menjadi bukit. Elakkan persediaan saat-saat akhir. Jangan jadikan projek DIY anda satu beban yang tak mampu dipikul. Mohon bantuan keluarga dan rakan sekiranya perlu dan jangan lupa hargai pertolongan mereka sebaiknya.

Buatlah pilihan yang betul-betul bersesuaian dan mengikut kemampuan. Jadikan setiap pemberian itu lebih bermakna dan istimewa. Harga sahaja tidak menentukan sesuatu cenderahati itu tampak eksklusif. Kotak putih, jika dihias riben ‘ grossgrain’ bersama tag terima kasih ‘custom-made’ cukup untuk membuatkan para tetamu tersenyum menerima pemberian tuan rumah. Mohon nasihat dan pendapat ahli keluarga dan rakan-rakan dalam membuat pilihan yang terbaik. Jadikan cenderahati perkahwinan anda sesuatu yang dinanti-nantikan oleh setiap tetamu yang hadir. Pastinya ia akan menjadikan majlis perkahwinan anda lebih bermakna.

 

 

 

 

 

Shaja